Posts

Cabaran 2014

Image
Assalamulaikum buat semua. Jumpa sekali lagi di tahun 2014 ini. Aku bersyukur sangat masih dipanjangkan usia dan  dapat bersama dgn suami , anak2, saudara mara dan kawan2 yg sangat aku kasihi. Dah lama aku tinggalkan blog ni, dan tiba2 rasa nak menulis dan berkongsi cerita lagi... Tahun 2014 inilah tahun yang  byk memahat kisah suka dan duka aku. Ini cerita suka aku - Di usia sebegini,  kehidupan kewangan aku semakin stabil dan kukuh, anak2 makin membesar dan aku bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga. Anak perempuan aku juga telah berjaya didalam SPMnya dan aku tak sangka, anak perempuan tunggal aku yang selalu malas pergi sekolah, tak nak sekali pun pergi kelas tambahan atau tusyen masih dapat score good result dlm SPM 2014. Yg special nya, anak aku bila time dpt keputusan, muka selamba aje..mcm tak de apa2 yg berlaku..aku aja yg terkinja2 happy semacam..hehhe..ok lah tu kan.. Aku rasa Suami aku adalah org yg paling gembira bila dapat berita ni. M

Cinta baru

Image
Pejam celik hari ni dah pun Isnin 24hb, lagi 3 hari aku akan mula berkerja. Berdebar juga sebenarnya, maklumlah tempat baru, jumpa kawan2 baru, semua pun baru, mudah mudahan semuanya akan berjalan lancar. Semenjak tak berkerja 3 minggu ni, bila ada kelapangan, aku selalu menghabiskan masa dengan membelek pokok2 bunga kat balcony rumah aku ni. Minat menanam pokok bunga ni cuma timbul pada harijadi aku yang lepas (6hb Dec). Baru aja sebenarnya, mungkin juga minat ni timbul bersamaan dengan faktor usia aku kot..entahlah, apa2 pun aku memang macam bercinta aja dengan pokok2 ni. Bangun pagi aja, aku mesti dapatkan pokok2 ni, nak tengok perkembangannya, yang bestnya tiap2 hari mesti aja ada putik2 baru yang akan tumbuh, ini yang membuatkan aku teruja sangat nak jengah pokok2 ni tiap2 pagi. Aku beli pokok2 ni kat Sungai Buloh, ikut hati nak aja aku beli banyak2 nak buat mini taman bunga tapi memandangkan balcony aku yang sekangkang kera ni maka aku terpaksa pilih pokok mengikut saiz balcony

Olive

Image
Hari ni seperti biasa aku sibuk dgn anak2, lagi sibuk bila anak perempuan aku demam, tak pegi sekolah..aku jadi nurse kat rumah hari ni. 2 minggu sudah aku pegi klinik buat blood test, terperanjat aku bila dapati yg cholestrol aku tersangatlah tinggi..LDL cholestrol aku naik 6.26 (< 2.58). Panik aku dibuatnya. Doktor risau serta merta prescribe ubat Vytorin dan minta aku jangan skip makan ubat walaupun sehari. Selama ni aku tak kisah sangat soal2 kesihatan ni, apa saja aku makan, janji sedap. Tapi bila dapat result yg mengejutkan ni, ditambah dgn mendengar leteran doktor aku jadi takot, amat takot. Aku janji tak nak makan makanan bercholestrol tinggi lagi..susah tu..tapi cukuplah, aku pun bukan muda lagi..dah puas selama ni makan makanan yg bermacam2, so, mulai sekarang kena lah berazam mengurangkan tabiat makan aku tu.. Disamping makan ubat, aku juga mencari apakah makanan yang terbaik untuk mengurangkan kadar cholestrol aku ni, jadi balik aje rumah dari klinik, terus aku surf in

hari kedua aku berblog

Tadi masa aku tinjau2 nak bikin blog baru ..tak sedar yang, rupanya dulu aku penah ada blog tahun 2008, bulan June, tarikh 8hb..alkisah cerita tentang event ICE2008, event masa aku keje kat tempat lama..rupanya dah 2 tahun lebih aku tak buka blog tu, tapi bila tertengok aje blog tu...Arghhh ! teringat aku kisah2 lama, kisah2 duka dalam hidup aku..kisah 2 tahun dulu terlalu banyak pengajaran buat aku.. walaupun terlalu payah nak melalui hari2 tanpanya, tapi berkat doa yang tak putus2..Alhamdulilah ,hari ini aku dah semakin kuat, semakin matang, dah semakin gagah menempuh apa saja cabaran..kisah lampau tak mungkin dapat aku buang..aku dah simpan dalam2 kat satu tempat dalam hati aku ni.. eh jiwang jugak rupanya aku ni...ekekeke.. Sebenarnya aku nak cerita apa aku buat hari ni..(sesuai dgn tajuk blog ni)..tadi pagi aku pegi Plaza Alam Sentral cari salon nak buang resdung..Sebenarnya selama ni aku tak penah tahu pun yang aku ni ada resdung..tapi bila sorang pak haji ni cakap yg aku ada re