hari kedua aku berblog

Tadi masa aku tinjau2 nak bikin blog baru ..tak sedar yang, rupanya dulu aku penah ada blog tahun 2008, bulan June, tarikh 8hb..alkisah cerita tentang event ICE2008, event masa aku keje kat tempat lama..rupanya dah 2 tahun lebih aku tak buka blog tu, tapi bila tertengok aje blog tu...Arghhh ! teringat aku kisah2 lama, kisah2 duka dalam hidup aku..kisah 2 tahun dulu terlalu banyak pengajaran buat aku.. walaupun terlalu payah nak melalui hari2 tanpanya, tapi berkat doa yang tak putus2..Alhamdulilah ,hari ini aku dah semakin kuat, semakin matang, dah semakin gagah menempuh apa saja cabaran..kisah lampau tak mungkin dapat aku buang..aku dah simpan dalam2 kat satu tempat dalam hati aku ni..
eh jiwang jugak rupanya aku ni...ekekeke..

Sebenarnya aku nak cerita apa aku buat hari ni..(sesuai dgn tajuk blog ni)..tadi pagi aku pegi Plaza Alam Sentral cari salon nak buang resdung..Sebenarnya selama ni aku tak penah tahu pun yang aku ni ada resdung..tapi bila sorang pak haji ni cakap yg aku ada resdung, barulah terbuka hati aku nak try buang resdung..

So cari punya cari dapat lah satu salon , kebetulan satu salon ni tengah buat promosi buang resdung siap dengan facial sekali dengan harga amat lah berpatutan, kedai pun boleh lah tahan..

Hari ni punyalah lama aku berjalan,dari pagi, tak sedar dah pun pukul 6petang..kesian anak2 aku ada kat rumah..itu lah, ajak jalan sekali tak nak..

Sebenarnya nak kata aku free sangat pun tidak, nak kata busy sangat pun tak lah sangat kot..aku dah berenti keje 2 minggu lalu..walaupun aku suka bangat keje kat situ, tapi mungkin tuhan dah tetapkan rezeki aku kat compeni tu setakat 31 Dec 2010 aje..maka aku pasrah dgn qada dan qadarNya..
Alhamdulilah rupanya, ada hikmah disebalik apa yang dah aku tinggalkan, rupanya Allah kurnia kan aku dengan kerja yang lebih baik . Aku teringat kata2 seorang penceramah , katanya, "Sesungguhnya setiap apa yg Allah ambil dari kita , maka sebenarnya Dia akan gantikan dengan yang lebih baik lagi" Itulah hikmah dari Allah swt untuk aku..Lagi sekali aku diberi kepercayaan untuk membantu menubuh dan menyelenggarakan "shared service" sebuah compeni perlombongan yang terbesar didunia ..insyalah aku akan mula berkerja 27 Jan ni..mudah2an dengan berkat pengalaman dan pengetahuan aku dalam bidang ni, dapat sekali lagi aku melakar sejarah dalam kerjaya aku selama ni..tak sia2 aku ditemuduga 5 kali untuk jawatan ni..alhamdulilah, syukur..


Comments

Anonymous said…
Happy for you and new appointment with this great company... :-)
eiNa said…
5 kali interview?
ALhamdulillah.. berkat sabar..
Anonymous said…
Berbakat jadi penulis rupenya you nih. Sincere & 'human', rasa ter-relate dgn perjalanan hidup you sehari2. Go girl! ~Dianne~
rmazz said…
sebenarnya bukan pandai sgt menulis ..ikut suara hati aje..anyway I miss our laughter , I miss u especially ..thanks for be a good.friend to me..
Unknown said…
sometimes you never know that you actually have ' bakat terpendam ' all this while...

keep it up dear.. i know you can..;-)
rmazz said…
Hello Farah, finally u are here ! been waiting for your comment.. :)
Unknown said…
well, you know i will comment more soon... cant wait for your next story in this blog.. reminds me of 'workshop gal' and 'cow victim'... heard this before? :-P
rmazz said…
certainly - i will share more interesting story soon, Stay tune !

Popular posts from this blog

Olive

Cabaran 2014