Cinta baru
Pejam celik hari ni dah pun Isnin 24hb, lagi 3 hari aku akan mula berkerja. Berdebar juga sebenarnya, maklumlah tempat baru, jumpa kawan2 baru, semua pun baru, mudah mudahan semuanya akan berjalan lancar. Semenjak tak berkerja 3 minggu ni, bila ada kelapangan, aku selalu menghabiskan masa dengan membelek pokok2 bunga kat balcony rumah aku ni. Minat menanam pokok bunga ni cuma timbul pada harijadi aku yang lepas (6hb Dec). Baru aja sebenarnya, mungkin juga minat ni timbul bersamaan dengan faktor usia aku kot..entahlah, apa2 pun aku memang macam bercinta aja dengan pokok2 ni. Bangun pagi aja, aku mesti dapatkan pokok2 ni, nak tengok perkembangannya, yang bestnya tiap2 hari mesti aja ada putik2 baru yang akan tumbuh, ini yang membuatkan aku teruja sangat nak jengah pokok2 ni tiap2 pagi. Aku beli pokok2 ni kat Sungai Buloh, ikut hati nak aja aku beli banyak2 nak buat mini taman bunga tapi memandangkan balcony aku yang sekangkang kera ni maka aku terpaksa pilih pokok mengikut saiz balcony