Cinta baru

Pejam celik hari ni dah pun Isnin 24hb, lagi 3 hari aku akan mula berkerja. Berdebar juga sebenarnya, maklumlah tempat baru, jumpa kawan2 baru, semua pun baru, mudah mudahan semuanya akan berjalan lancar.
Semenjak tak berkerja 3 minggu ni, bila ada kelapangan, aku selalu menghabiskan masa dengan membelek pokok2 bunga kat balcony rumah aku ni. Minat menanam pokok bunga ni cuma timbul pada harijadi aku yang lepas (6hb Dec). Baru aja sebenarnya, mungkin juga minat ni timbul bersamaan dengan faktor usia aku kot..entahlah, apa2 pun aku memang macam bercinta aja dengan pokok2 ni. Bangun pagi aja, aku mesti dapatkan pokok2 ni, nak tengok perkembangannya, yang bestnya tiap2 hari mesti aja ada putik2 baru yang akan tumbuh, ini yang membuatkan aku teruja sangat nak jengah pokok2 ni tiap2 pagi.
Aku beli pokok2 ni kat Sungai Buloh, ikut hati nak aja aku beli banyak2 nak buat mini taman bunga tapi memandangkan balcony aku yang sekangkang kera ni maka aku terpaksa pilih pokok mengikut saiz balcony aku tu..
Seronok sebenarnya dengan pokok2 ni, aku dapati, ianya adalah terapi semulajadi yang amat baik untuk aku. Terutama bila aku sedih, fikiran aku berserabut, aku duduk aja depan pokok2 ni, pasti hati aku akan sejuk dan rasa terhibur. Sememangnya bila pokok2 ni dijaga dengan elok dan teliti, letak baja yang cukup ianya pasti tak akan mengecewakan. Sememangnya aku sedang bercinta !




Comments

Anonymous said…
Menarik artikel kali ini.

Saya bersetuju dengan rmazz. Sememangnya ini adalah antara terapi yang terbaik. Teringat dulu masa saya melalui detik2 pahit, dan tiap kali ia berlaku, terapi berkebun atau melihat pokok2 yang berhijauan membuatkan saya tenang. Malah, saya bertambah positif dan mampu menangani segala kekusutan di minda.

Harap rmazz dapat segala ketenangan yang diperlukan dengan cinta baru ini.
rmazz said…
Thanks anonymous !
eiNa said…
sapekah cikanony nihh?

btw, cantik pokok2 u,.. fresh jek tgk...

gud luck fr ur new job... nnt ape2 hapdet ek..
rmazz said…
hello Puan eina, lama tak dgr news. keep in touch

Popular posts from this blog

Olive

Cabaran 2014

hari kedua aku berblog