Olive

Hari ni seperti biasa aku sibuk dgn anak2, lagi sibuk bila anak perempuan aku demam, tak pegi sekolah..aku jadi nurse kat rumah hari ni.
2 minggu sudah aku pegi klinik buat blood test, terperanjat aku bila dapati yg cholestrol aku tersangatlah tinggi..LDL cholestrol aku naik 6.26 (< 2.58). Panik aku dibuatnya. Doktor risau serta merta prescribe ubat Vytorin dan minta aku jangan skip makan ubat walaupun sehari. Selama ni aku tak kisah sangat soal2 kesihatan ni, apa saja aku makan, janji sedap. Tapi bila dapat result yg mengejutkan ni, ditambah dgn mendengar leteran doktor aku jadi takot, amat takot. Aku janji tak nak makan makanan bercholestrol tinggi lagi..susah tu..tapi cukuplah, aku pun bukan muda lagi..dah puas selama ni makan makanan yg bermacam2, so, mulai sekarang kena lah berazam mengurangkan tabiat makan aku tu..
Disamping makan ubat, aku juga mencari apakah makanan yang terbaik untuk mengurangkan kadar cholestrol aku ni, jadi balik aje rumah dari klinik, terus aku surf internet,  dan seperti kita ketahui oats, fibre food memang tepat sekali untuk aku ambil, dan tak ketinggalan juga minyak zaitun (olive oil) ternyata amat berkhasiat untuk menangani masalah cholestrol ni.
Lepas aje mengetahui khasiat olive oil ni, terus saja aku drive pegi pasaraya depan rumah , angkut mcm2 makanan berkhasiat, tak ketinggalan aku beli juga Extra Virgin Olive Oil , jenama Bertholi. Aku amalkan minum Olive oil ni sebelum sarapan 1 sudu besar dan sebelum tidur lagi sekali 1 sudu besar.
Disamping makan oats, makan ikan , minum Olive oil, aku juga tak ketinggalan makan Vytorin . Genap aje 3 hari aku ambil Vytorin, tangan kiri aku mulai lenguh2, aku jadi hairan tak tahu kenapa..bila check dlm internet mengenai ubat ni, rupanya lenguh2 adalah antara implikasi ubat ni. Maknanya ubat ni tak sesuai dgn aku. Sepatutnya aku kena pegi jumpa doktor balik, beritahu tentang ubat ni tak sesuai dgn aku, tapi disebabkan sibuk kat rumah (walaupun tak kerja lagi) , aku tak sempat nak pegi clinic.
Pejam celik dah dekat 2 minggu aku tak makan Vytorin , aku cuma bergantung pada makanan yang seimbang, dan terus mengamalkan minum Olive oil tiap2 hari. Alhamdulilah, aku rasa badan aku dah ringan , kawan2 dan saudara mara pun cakap aku dah slim sikit (yippie happy sangat :) ) dan cukup bulan aku nak buat sekali lagi blood test, nak tengok samada cholestrol aku dah menurun atau tidak, harap2 turun lah..nanti aku update result blood test aku, ya...
Ok, kepada sesiapa yang ada masalah mcm aku ni, dan pada sesiapa yg tak berapa tahu apakah khasiat Olive oil ni, meh aku story kan..
Didalam quran juga telah disebut berulangkali tentang buah zaitun ni..cuma kita aje yang pandang ringan dan tak mendalami betul2 khasiatnya..
Minyak zaiton dapat mencegah dan merawat :
1) Penyakit jantung (cardiovascular) seperti, cholestrol, darah tinggi, asteriosderosis
2) Cancer
3) Hati
4) System Penghadaman
5) Athritis, lupa ingatan
6) Anti Penuan
7) Rambut & kulit
Sebab tu orang2 kat  negara timur tengah makan kambing dengan jumlah yg amat banyak tapi amat kurang kita dengar kena darah tinggi atau penyakit jantung..dan statistik juga menunjukkan orang2 eropah seperti di negara Spain, Italy dsb amat kurang mendapat masalah penyakit jantung. Mereka ni mengambil Olive oil dengan banyaknya, tanaman ni amat meluas di eropah. Inilah keberkesanannya Olive oil.
Aku syorkan kalau beli Olive oil beli yang Extra Virgin Olive oil, sebab minyak ni dihasilkan dari perahan yang pertama . Khasiatnya lebih baik berbanding dengan Olive oil yang biasa tu
Aku pun dah bertukar kepada sejenis lagi Extra Virgin Olive oil. Di hasilkan dari pokok zaiton dari negeri Palestine yang berusia 400 tahun, kelebihan produk ini ialah kandungan asidnya cuma 0.4 berbanding dgn jenama di pasaraya yang mana kandungan asidnya melebihi 2.0. Ia juga di perah mengunakan tangan (hand pressed) berbanding dgn jenama lain yang diperah dengan mesin. Lagi satu, aku dapat tahu yang Bertholi adalah kepunyaan Yahudi..so kalau kita dapat pilih, biar lah kita pilih yg Palestine...walaupun harganya agak mahal, (RM125 sebotol) tapi khasiatnya tersangatlah baik.



         

Comments

Anonymous said…
Menarik sungguh cerita pasal olive ni. tak sangka dia ada banyak manfaat kepada badan kita.

Tapi, kalau kulit kering, boleh ke olive oil ni bantu?
rmazz said…
kalau kulit kering ambil sedikit sapu kan pada kulit,.biar sebentar , kemudian bilas atau mandi,.insyallah . saya juga diberitahu sekiranya Kita.nak berurut, amatlah baik sekiranya Kita gunakan minyak zaitun, ia adalah minyak anti penuaan.. saya pun nak try..hehe..
Anonymous said…
oh ... menarik sungguh! okay la nanti saya try... so boleh pakai mana2 olive oil ke atau yang awak cadangkan tu? harap dapat bantu ye. terima kasih!
Unknown said…
I believe in this already as I can see it from you ... in a week, the changes that i see in you was excellent... not trying to exaggerate but that is what i see with my own eyes. you really lose some weight after consuming this... proud of you and hope you may continue this with healthy diet... I'm going to start soon ... ;-) thank you so much for the info...
rmazz said…
Terpulang. Yang saya minum tu olive oil dari pokok yg berusia 400 tahun dari Palestine. Mahal sikit sebab handpressed. saya beli terus dari importer.
Kat supermarket Ada mcm2, tapi dari Palestine tak Ada. Make sure pilih extra virgin olive oil sebab yg ni lebih sesuai utk terus diminum. ambil 1 sudu besar sebelum breakfast Dan 1 sudu besar lagi sebelum tidur.
eiNa said…
good info.. tpi mahal la u..
rmazz said…
beli botol kecik dulu kat supermarket..250ml dlm rm13 aje..kesihatan penting kena Jaga..nanti kalau jatuh sakit cost lagi Mahal..
Anonymous said…
terima kasih rmazz, saya akan cuba dulu dari botol kecil, lepas tu kalau ada perubahan, akan saya hubungi rmazz untuk mencuba yang Palestin punya.
rmazz said…
Great ! Selamat mencuba !
Unknown said…
lepas ni kita kena try urut dengan olive oil! yipee... bila nak start? i tak sabar2 ni...

Popular posts from this blog

Cabaran 2014

hari kedua aku berblog