Cabaran 2014

Assalamulaikum buat semua. Jumpa sekali lagi di tahun 2014 ini. Aku bersyukur sangat masih dipanjangkan usia dan  dapat bersama dgn suami , anak2, saudara mara dan kawan2 yg sangat aku kasihi.
Dah lama aku tinggalkan blog ni, dan tiba2 rasa nak menulis dan berkongsi cerita lagi...
Tahun 2014 inilah tahun yang  byk memahat kisah suka dan duka aku.

Ini cerita suka aku - Di usia sebegini,  kehidupan kewangan aku semakin stabil dan kukuh, anak2 makin membesar dan aku bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik kepada kami sekeluarga.
Anak perempuan aku juga telah berjaya didalam SPMnya dan aku tak sangka, anak perempuan tunggal aku yang selalu malas pergi sekolah, tak nak sekali pun pergi kelas tambahan atau tusyen masih dapat score good result dlm SPM 2014. Yg special nya, anak aku bila time dpt keputusan, muka selamba aje..mcm tak de apa2 yg berlaku..aku aja yg terkinja2 happy semacam..hehhe..ok lah tu kan..
Aku rasa Suami aku adalah org yg paling gembira bila dapat berita ni. Masih aku ingat saat2 aku lahirkan anak perempuan aku 18 tahun dulu. Suami aku lah manusia yg paling teruja dan bangga apabila buat pertama kalinya memegang dan mengazankan anak kami ni. Suami aku memang teringin anak perempuan, maklumlah tak pernah ada kakak atau adik perempuan dlm family dia..Selama 18 tahun semenjak lahir, tak pernah sekali pun suami aku marah anak sorang dia ni, apa aja dia nak, pasti suami aku akan cari jalan untuk menunaikan harapan anak dia..Apabila permohonan anak aku diterima masuk ke UiTM dalam bidang Arts & Design, sekali lagi kami sekeluarga sangat happy especially suami aku..Alhamdulillah syukur..
Rupanya kebahgiaan kami sekeluarga untuk tinggal sebumbung lebih lama tak kesampaian..Inilah saat2 paling duka dalam sejarah hidup aku. Pada tanggal 25 May 2014 (Ahad) jam 11:09 malam, suamiku  dijemput oleh Allah kembali kepadaNYA pada usia 47 tahun. Suami aku pergi untuk selama2nya didalam pangkuan aku dgn dikelilingi ketiga2 anaknya. Hanya Allah yang mengetahui perasaan kami sekeluarga. Kehilangan yang pastinya amat dirasai.  Aku redha dgn pemergiannya, Moga aku dapat bertemu sekali lagi dgnnya disana, insyallah.

 Lagi 2 hari, maka genap lah 4 bulan permergian suamiku. Aku masih dalam edah. Perjalanan hidup masih seperti dulu, cuma sesekali aku rasa sunyi . Sehingga sekarang, aku masih tersebut dan terpanggil namanya, ya lah 23 tahun hidup bersama kan. Mana mungkin aku lupa.
Walau macam mana pun hidup mesti diteruskan, aku masih ada anak2 yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang aku. Berat tanggungjawab yang aku pikul ini. Hari ini aku masih teruskan hidup mencari nafkah buat aku dan anak2, aktiviti harian masih mcm dulu, banyak perancangan yang aku atur selepas aruah suami aku pergi, tapi aku sedar, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Maka dengan kepercayaan itu, aku serah bulat2 pada Allah untuk menentukan apakah nasib aku selepas ini. Aku redha semuanya. Aku akur pada Qada dan Qadar.

Raya 2013. Raya terakhir

Sebulan sebelum dia pergi selama2nya












Comments

Popular posts from this blog

Olive

hari kedua aku berblog